Thursday 17 December 2015

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Menurut kajian yang dijalankan oleh Nielsen, peningkatan penggunaan Internet ialah 41% dan 22.4 jam digunakan untuk melayari Internet. Manakala 71% daripada masa ini ialah membuka laman sosial khususnya Facebook.



Ini juga turut disokong oleh data SKMM Malaysia yang sebelum ini telah membuat kaji selidik. Tujuan penggunaan Internet sebanyak 81.5% adalah bertujuan menggunakan rangkaian sosial. Dengan mengambil data tersebut, boleh disimpulkan bahawa tujuan utama pengguna Internet menggunakan Internet ialah mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Mereka juga berkomunikasi melalui teks dan meluangkan masa yang tinggi dalam media sosial terutamanya rangkaian sosial seperti Facebook. Pengguna Facebook di Malaysia juga telah mencecah seramai 12 juta. Secara tidak langsung memberikan kita gambaran jelas bahawa model pemasaran perniagaan telah berubah.

Kalau dahulu kita membincangkan mengenai sesuatu produk antara jiran dengan jiran, rakan sekerja, atau saudara mara. Sekarang ini banyak perbincangan mengenai produk atau servis dilakukan di Facebook. Kalau anda perhatikan, berapa ramai yang mengatakan puas hati atau sebaliknya mengenai sesuatu produk di dalam Facebook Wall mereka atau Wall perniagaan.

Ø Kes Terbaru Kentucky Fried Chicken Malaysia

Ini merupakan contoh bagaimana media sosial berfungsi. Jika suatu masa dahulu masalah tidak puas hati dan sebagainya hanya dikongsi antara seorang dengan seorang rakan yang lain, atau seorang dengan beberapa orang rakan.


Apa yang berlaku sekarang ini 1 individu akan berkongsi dengan beribu rakan. Cuba anda kira kalau di atas 2,360 shares (yang berkongsi maklumat) , ini bermaksud 2,360 x 1,000 rakan (andaian 1,000 rakan bagi seorang individu), maka sebanyak 23.6 juta telah tersebar.

Fokus pada berapa ‘like’ page anda sudah tidak mencukupi. Sebagai pembekal produk atau servis anda perlu perhatikan juga apa yang dikatakan oleh orang ramai mengenai produk dan servis anda. Dari sini anda memperoleh data sebenar perniagaan. Dengan mendengar apa kata pelanggan mengenai produk atau servis, anda boleh mengubah suai mengikut kesesuaian semasa.

No comments:

Post a Comment