Thursday 17 December 2015

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM UNTUK URUSAN PERNIAGAAN


Faktor-faktor penggunaan media sosial dapat juga dikaitkan dengan kebaikan dan kelebihan yang boleh didapati darinya. Antara faktor-faktor tersebut ialah masa yang digunakan boleh dilalakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Modal yang digunakan untuk pengiklanan dan urusan perniagaan adalah kurang. Penggunaan yang meluas dengan teknologi jalur lebar yang tiada had tanpa sempadan. Transaksi boleh dilakukan sekelip mata. Pengiklanan dapat dilakukan melalui ucapan, video, atau siaran langsung.

Bagi pelanggan, masa tidak perlu diambil untuk membeli belah. Dan mereka hanya perlu berhadapan dengan telefon mudah alih atau computer sahaja untuk membeli. Kos juga dapat dijimatkan dengan menggunakan kos bahan api, kos parking dan kos bayaran tol. Selain itu, dengan melayari media sosial mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk membeli mengikut kehendak dan citarasa mereka.

Kerajaan juga memainkan peranannya dalam memastikan media sosial menjadi asas dalam peniagaan. Ini disebabkan, peniaga kecil tidak dibebani dengan kos yang tinggi untuk menjalankan peniagaan. Dan generasi muda dapat mempelajari teknik-teknik untuk berniaga menggunakan media sosial. Dengan bermodalkan kos yang rendah, pelajar dan mereka yang masih tidak ada pekerjaan tetap dapat melakukan perniagaan secara online ini bagi menampung keperluan hidup yang semakin hari semakin meningkat.

Manakala bagi peniagaan besar luar dan dalam negara, media sosial menjadi faktor utama dalam mencari pasaran dan mendapatkan sumber-sumber mahupun produk-produk yang berkualiti mengikut kehendak pelanggan. Seterusnya hubungan diplomatik dua hala akan terjalin, serta keseimbangan ekonomi akan lebih stabil dengan transaksi kemasukan duit dari negara luar.

No comments:

Post a Comment