Thursday 17 December 2015

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PENIAGAAN

Media sosial menjadi medium penting dalam bidang pemasaran bagi banyak perniagaan dan salah satu cara terbaik untuk menarik perhatian pelanggan terhadap produk-produk yang dikeluaran sesuatu syarikat.


Platform media sosial seperti Blog, Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp mempunyai beberapa manfaat bagi syarikat-syarikat dalam merentasi format media tradisional seperti media cetak dan TV iklan, brosur, risalah dan kempen e-mel. Selain itu media sosial kini merupakan sebahagian daripada usaha pihak IT yang mengetengahkan media sosial secara semula jadi supaya boleh menjana ke laman web anda. Berikut ialah beberapa kepentingan media sosial berbanding daripada media tradisional:

1) Memerlukan Kos Rendah
Kos yang diperlukan oleh perniaga-perniaga kecil adalah rendah untuk menginputkan produk-produk mereka ke media sosial dan ini dapat membezakan dengan penggunaan media tradisioanal yang memerlukan belanja yang tinggi.Perniagaan boleh menggunakan media sosial untuk membuat dan mengedarkan bahan promosi seperti artikel, video dan audio yang muncul dalam akhbar, di radio atau di TV. Dan mengedarkan kandungan ini melalui media sosial juga memberikan mereka lebih banyak peluang untuk menarik orang lain untuk tertarik dengan produk-produk mereka.

2) Mampu Layari Tanpa Had dan Sepadan
Terdapat pelbagai cara dan langkah yang mudah dalam melayari internet tanpa mengira saiz syarikat, perolehan dan kenalan. Penggunaan media sosial adalah terbuka kepada sesiapa sahaja berbanding dengan media tradisional sering memerlukan banyak wang dan rangkaian yang baik. Ini bermakna, penggunaan media social menerusi internet mampu mendapat pulangan yang terbaik disebabkan kelebihan dari segi penjimatan kos pengiklanan dan modal untuk mempromosikan sesuatu produk. 

3) Penggunaan yang Mudah dan Menjimatkan
Tahap tinggi kemahiran, latihan dan kepakaran peralatan terlibat dalam pengeluaran media tradisional. Manakala, saluran media sosial adalah amat mudah untuk digunakan, dengan mempunyai pengalaman asas IT,apa yang diperlukan adalah sebuah komputer dan sambungan internet. Oleh yang demikian, penjimatan dari segi promosi dapat dijimatkan dalam kuantiti yang banyak berbanding media tradisional. 

4) Capaian Global
Media tradisional boleh mencapai pengunjung global tetapi ini biasanya sangat mahal dan memakan masa. Melalui media sosial, perniagaan boleh menyampaikan maklumat dalam sekelip mata, tanpa mengira lokasi geografi. Platform media sosial juga mampu untuk menyesuaikan kandungan bagi setiap segmen pasaran dan memberikan perniagaan peluang untuk mendapatkan maklum balas mengenai perniagaan mereka secara lebih meluas berbanding sebelum ini.

5) Mudah Berkomunikasi
Saluran media sosial menawarkan peluang yang hebat untuk berinteraksi dengan pelanggan dan menjalin hubungan perniagaan. Syarikat-syarikat boleh mendapatkan sumber maklum balas, mendapatkan idea-idea dan mengurus perkhidmatan pelanggan dengan cepat dan secara terus dalam talian dengan cara yang media tradisional tidak mampu melakukannya. Manakala media tradisional hanya membolehkan komunikasi sehala. Facebook, Twitter dan sebagainya memberikan pelanggan peluang yang sangat efektif bagi mendapatkan interaksi dalam dunia perniagaan global. Kecanggihan komunikasi media sosial dari segi perbualan dan rakaman video amatlah berguna bagi pengguna yang ingin melihat produk berkenaan secara langsung. Selain itu, promosi secara langsung dapat dimuatnaik dengan mudah, cepat dan murah.







6) Fleksibiliti

Penyesuaian media sosial ini menjadikan pengurusan kandungan biasanya lebih fleksibel. Maklumat boleh dikemaskini, diubah, ditambah dan dibincangkan secara terus. Ini tidak sama sekali dapat dilakukan oleh iklan bercetak, artikel akhbar atau ciri majalah.



Apa yang lebih penting, maklumat boleh diterbitkan dalam beberapa saat dan ini dapat memastikan kandungan mereka sentiasa dikemaskini. Dengan penggunaan media sosial di internet, segala maklumat dan data dapat disimpan. Oleh sebab ini, tidak perlu risau sekiranya kita terlupa untuk menjawab pertanyaan pelanggan. Dengan demikian, punca terlupa untuk memberi maklum balas dapat dielakkan tidak seperti media tradisioanal.

No comments:

Post a Comment