Thursday 17 December 2015

CABARAN PENIAGA DAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

Setiap yang berlaku ada halangan tersendiri. Dan halangan itu adalah ilmu terbaik untuk kita lebih berjaya. Halangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai pengalaman dalam memajukan sesuatu perniagaan. Terdapat ungakapan yang kerap disebut menunjukkan betapa perlunya halangan dan usaha yang perlu kita tempuh dalam sesuatu perkara. “bukan senang untuk menjadi senang, dan bukan susah untuk menjadi susah”. Berikut merupakan kata-kata semangat yang perlu disemaikan supaya halangan-halangan tersebut mampu dikawal.

Bagi peniaga cabaran yang perlu ditempuh adalah menggunakan platform media sosial yang tidak tepat seperti menjual beg berjenama dengan mempromosikan di ruang iklan makanan. Selain itu, pemikiran negatif yang menghalang seperti ‘saya tidak mempunyai masa untuk menguruskan perniagaan di media sosial’ dan lain-lain. Disebabkan ini, perkara demikian akan melemahkan dan melumpuhkan perniagaan kita. Dan yang paling ketara cabarannya ialah menggunakan strategi yang tidak tepat dalam menjalankan urusan perniagaan menerusi media sosial. Contoh yang dapat dikaitkan tidak mempamerkan maklumat produk dengan tepat, tidak memberitahu proses urusan dengan jelas, dan teknik menarik perhatian pelanggan memberi impak yang kurang memuaskan.

Bagi pengguna pula, cabaran dan risiko mereka dalam melakukan urusan perniagaan media sosial agak lebih banyak berbanding dengan peniaga. Antara faktor yang dikaitkan dengan cabaran ialah seperti keupayaan untuk menilai sesuatu barang yang ingin dibeli, kemudahan memindah wang yang terhad oleh peniaga, kerisauan sekiranya ditipu oleh peniaga, urusan kurier yang perlu ditanggung pengguna serta batasan dalam melakukan jual beli dengan negara luar disebabkan cukai yang perlu dibayar mengikut prosedur.

No comments:

Post a Comment