Berdasarkan penyelidikan
global dijalankan McCann Worldgroup, perniagaan memerlukan anjakan terutama
daripada segi pemikiran tentang model perniagaan dan memikir semula penciptaan
nilai jenama untuk berjaya dalam dunia jaringan sosial.
Menurut kajian bertajuk,
The Truths About Social yang dijalankan merentasi 19 negara dan disertai lebih
30 kumpulan fokus dan 12,000 respons secara talian telah mendedahkan pandangan
tentang semua berkaitan dengan dunia sosial termasuk melalui jaringan, sosial,
bukti dan perniagaan sosial.
Pengarah Kumpulan
Perancangan Penjenamaan dan Inovasi, McCann Worldgroup Malaysia, Dr Milan
Agnihotri berkata, kebanyakan pengguna menggunakan media sosial untuk
berinteraksi dengan jenama dan mendapatkan khidmat pelanggan yang lebih baik.
”Mereka juga memuji
sesuatu pengalaman, meluahkan perasaan, mengutip maklumat dan mendapatkan
tawaran lebih baik,” katanya.
Menurutnya, kesemua
kajian menunjukkan, pengguna merujuk kepada jenama melalui pengguna atau
blogger berpengaruh.
Beliau berkata, dalam
golongan usia 16 hingga 30 tahun, 90 peratus daripada mereka akan memberitahu
kepada rakan, tentang sesuatu syarikat atau jenama itu mampu meyakinkan
mereka.
“Jelas sekali manfaat dan
pengaruh media sosial terhadap pengguna Internet semakin cepat memberi impak
kepada dunia perniagaan.
“Media sosial menjadi
platform untuk berkongsi idea, menilai jenama dan perniagaan yang tidak bertanggungjawab,”
katanya.
Pengguna memainkan
peranan besar dalam mengubah perniagaan yang berorientasikan keuntungan kepada
perusahaan yang bermatlamat. Potensi ganjaran untuk syarikat dan jenama amat
besar terutama peluang untuk menjadi jenama global yang dipercayai pengguna.
WARTAWAN
SINAR HARIAN
23
FEBRUARI 2012
No comments:
Post a Comment